Tuesday 27 February 2018

LOGO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Berikut adalah maksud bagi logo Kelab Pencegahan Jenayah:

  • Huruf KPJ bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
·       Bulatan berbentuk Mata: Melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran secara berterusan.
·       Warna Merah: Melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah
·       Warna Biru: Melambangkan perpaduan dikalangan ahli
·       Warna Kuning: melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara
·       Latar belakang Warna PUTIH: Melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha pencegahan jenayah

Tuesday 9 January 2018

PENGENALAN

Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah.